Pada
29 Oktober 2015, Kumpulan 3, 4 dan juga 5 telah pergi ke tadika Blok C untuk berkongsi
maklumat tentang demam denggi. Kami juga telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti
dan permainan kepada kanak-kanak di tadika tersebut tentang bahayanya nyamuk
aedes dan cara untuk mencegah demam denggi. Antara aktiviti atau permainan yang dijalankan adalah bermain permainan “Doctor
Mcstuffin”, pertandingan mewarna lukisan nyamuk aedes dan juga pertandingan
mengutip sampah atau barangan yang boleh dikitar semula ke dalam bakul kitar semula
yang betul. Kami juga telah menerangkan perbuatan yang betul dan salah bagi
membuang sampah dan terdapat juga sesi perkongsian maklumat tentang tindakan
yang perlu dilakukan sekiranya jatuh sakit.
Kanak-kanak berkumpul semula selepas persembahan badut dan pertunjukan silap mata
Sesi mewarna lukisan nyamuk
Goodies bag diberikan kepada semua
kanak-kanak di tadika tersebut pada akhir sesi penutup





0 comments:
Post a Comment