20 Oktober 2015, Satu lawatan telah ke Tadika Universiti Malaya telah diadakan. Lawatan ini hanya disertai oleh sebahagian dari ahli kumpulan kami kerana tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau persekitaran tadika sekaligus beramah mesra dengan kanak-kanak di sana. Kedatangan kami disambut oleh guru tadika tersebut. Guru dan kanak-kanak di sana menerima kunjungan kami dengan tangan terbuka. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengenali serba sedikit tentang tingkah laku agar kami dapat menjalankan aktiviti dengan lancar pada 22 Oktober 2015 nanti. Guru yang bertugas disana juga tidak lokek berkongsi pengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak di tadika tersebut. Ia serba sedikit membantu kami untuk mendalami cara mengendalikan kanak-kanak dan menguruskan program dengan lancar pada hari kejadian.
adik-adik di Tadika Universiti Malaya gembira dengan kedatangan kami






0 comments:
Post a Comment