Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba . Esok bersamaan dengan 29.10.2015 kumpulan 1 & 2 akan pergi ke TadikUM untuk memberi penerangan mengenai kesedaran denggi kepada kana-kanak tadika disana. Masyarakat pasti tertanya-tanya 'Mengapa kanak-kanak tadika?' . Umum mengetahui kanak-kanak penuh dengan sifat ingin tahu dan pada usia yang muda lebih mudah untuk kita membentuk personaliti kanak-kanak ini.
Mengikut statistik kepada jangkitan demam denggi pada masa kini, kawasan Petaling Jaya merupakan antara kawasan yang memegang rekod tertinggi jangkitan Demam denggi . Oleh itu, kita tidak boleh berdiam diri lagi . Sebagai Masyarakat yang bertanggungjawab kita hendaklah sama-sama menjayakan program seperti ini.
Nyamuk aedes mengambil masa yang singkat untuk menjadi nyamuk dewasa, kita hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih serius.
Terdapat pelbagai tanda-tanda kepada demam denggi, jika terdapat sebarang tanda-tanda demam denggi dinasihatkan segera berjumpa doktor dan memastikan kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih.
Denggi Tiada Hidup Ceria . #MsiaEndsDengue



0 comments:
Post a Comment