Pada 8 Oktober 2015, ketua kumpulan 1, Abrar Nizam menerangkan tentatif dan berbincang pembahagian tugas dan aktiviti antara setiap ahli kumpulan. Kami juga membincang mengenai susun atur semasa di tadika nanti berdasarkan keadaan persekitaran di tadika UM agar aktiviti berjalan lancar semasa di sana.
Selain itu, kami merancang untuk bertolak awal ke tadika UM iaitu kira-kira jam 7.00 pagi bagi membuat persediaan di sana nanti.
Untuk slot "How to know Mr. Aedes?", kami berbincang cara untuk membuat model nyamuk dalam bentuk 3D bagi memudahkan pelajar-pelajar di tadika UM mudah faham dengan apa yang kami bakal sampaikan dan memikirkan cara-cara yang sesuai bagi menarik perhatian kanak-kanak itu nanti.
Sekian, Nur Akmalia Rosli, wakil kumpulan 1.



0 comments:
Post a Comment