16th Octbober 2015 by Amalina Unonis

09:41 0 comments
16 Oktober merupakan tarikh yang amat bermakna bagi saya. Hal ini kerana saya dan Dura iaitu wakil daripada kumpulan 6 telah berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan adik-adik Tadika F. Tujuan lawatan awal ini adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan projek serta atas nasihat guru tadika tersebut supaya kami datang melawat dan beramah mesra dengan adik-adik agar mereka tidak terkejut dengan kehadiran kami pada hari projek dilaksanakan.

Ketibaan kami telah disambut baik oleh cikgu tadika dan adik-adik Tadika F. Ucapan “Assalamualaikum kakak” dilaungkan oleh adik-adik setibanya kami di kelas mereka. Sesungguhnya mereka sangat comel dan ceria. Walaupun pada awalnya sebahagian adik-adik tadika F malu-malu  dan segan untuk berinteraksi dan bermain dengan kami, namun Alhamdulillah selepas lebih kurang 10minit bermesra mereka mula menunjukkan minat untuk bermain dan berbual dengan kami. Jelas terpampar keterujaan pada wajah mereka apabila kami mengeluarkan hadiah untuk diberikan kepada mereka. Mereka beratur sambil memperkenalkan nama masing-masing sebelum mendapat hadiah daripada kami. Masih terngiang-ngiang ucapan “terima kasih kakak” daripada adik-adik semasa menerima hadiah.

Sebelum bersurai kami telah memberikan beberapa tugasan kepada adik-adik Tadika F. Mereka dikehendaki untuk bertanya kepada ayah, ibu, dan cikgu mengenai demam, aedes, dan denggi. Mereka juga mesti menghafal dan ingat nama kami iaitu Kakak Lina dan Kakak Dura. Kami juga sempat merakamkan beberapa gambar sebelum pulang ke Universiti Malaya.


kami bergambar bersama cikgu dan adik-adik Tadika F.

Cikgu sporting, adik-adik pon sporting.

Jumpa lagi adik-adik Tadika F. 

amalina unonis

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment