Kenali Demam Denggi by Farrah Hanis

11:45 0 comments

19 Oktober 2015, Lawatan ke Tadika Universiti Malaya akan diadakan pada 22 Oktober 2015. Sehubungan dengan itu pelbagai persiapan telah dibuat bagi memastikan kelancaran program pada hari tersebut. Antara persiapan yang dilakukan termasuklah membuat sedikit kajian tentang demam denggi agar kami mempunyai pemahaman yang jelas tentang demam denggi sebelum kami membuat aktiviti bersama kanak-kanak Tadika Universiti Malaya. Kajian secara dasar ini pada kami akan menyumbang kepada pemahaman yang jitu tentang demam denggi kepada kanak-kanak tersebut. Antara hasil kaijan kami adalah :

Bagaiamanakah Denggi Merebak ?

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegytpi). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada siang hari. Oleh itu , sesiapa sahaja yang digigit oleh nyamuk aedes yang membawa virus denggi boleh dijangkiti demam denggi.

nyamuk Aedes


Apakah Simptom-simptom Demam Denggi Jika Kanak-kanak Dijangkiti Denggi?

Peringkat awal, simptom demam denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil dimulai dengan simptom penyakit virus :


  • demam
  • hidung berair
  • ruam ringan pada badan
  • batuk
Kanak-kanak yang lebih besar biasanya mengalami simpton yang tipikal sasa seperti yang dialami orang dewasa:

  • demam panas
  • sakit dibahagian belakang mata dan sendi-sendi
  • sakit kepala
  • ruam kulit bertompok merah dan putih
pada peringkat yang lebih kritikal kanak-kanak mungkin mengalami:
  • muntah berlanjutan
  • kurang bermaya
  • sesak nafas
  • pucat pada tapak tangan dan kaki
  • gatal tapak kaki
  • pendarahan : najis berdarah , gusi berdarah , hidung berdarah
Rawatan 

Segera berjumpa doktor kerana denggi boleh menyebabkan kematian jika tidak dipantau. Pesakit dinasihatkan berehat dan minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Dapatkan nasihat doktor dari semasa ke semasa.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin yang boleh mengubati demam denggi. Oleh yang demikian langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes. Kanak-kanak juga perlu dididik dengan langkah-langkah pencegahan ni agar mereka lebih peka cara mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Elakkan digigit nyamuk dengan:

  • gunakan ubat nyamuk
  • gunakan kelambu ketika tidur .gunakan 'repellent' jika perlu
  • elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit : 5.30pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang hingga 8.00 malam
  • memakai baju berlengan pangjang dan seluar panjang
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk:

  • menhapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air. Jika tidak boleh dimusnahkan, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik bagi membunuh jentik-jentik
  • kerap menukar air di dalam bekas minuman haiwan peliharaan

bekas air berisi jejentik

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment