29th October 2015 by Ahmad Akem

09:56 0 comments
Assalamualaikum. Seperti yang ditetapkan pada 29/10/2015 merupakan hari dimana pelajar Ukur Bahan tahun kedua menjalankan aktiviti berkaitan aedes dibawah subjek Jalinan Masyarakat di tadika yang telah ditetapkan. Kami dari kumpulan dua bersama beberapa kumpulan yang lain telah diamanahkan untuk mengadakan aktiviti tersebut di Tadika UM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan berdasarkan dan berpandukan modul yang telah disediakan oleh pihak kesihatan. Antara ringkasan daripada aktiviti tersebut ialah melatih kanak-kanak untuk membuang sampah ditempat yang sepatutnya, mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk aedes dan cara untuk mencegahnya dan lain-lain. Secara personal, aktiviti yang dijalankan dapat memupuk sifat untuk mencegah nyamuk aedes dijiwa kanak-kanak bahkan diri sendiri. Kanak-kanak tersebut mungkin akan dapat menimbulkan perasaan mencegah nyamuk aedes ini dikalangan ahli keluarga dan kawan-kawannya yang lain. Melalui aktiviti ini juga, kanak-kanak tersebut dapat mengenalpasti cara pembiakan nyamuk aedes dan akan dapat mencegahnya jika terjumpa dikawasan sekelilingnya. Di sudut lain pula, saya belajar mengenal dengan lebih mendalam cara untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak disamping merapatkan lagi hubungan jalinan masyarakat dengan kanak-kanak, rakan sekelas dan orang luar seperti guru tadika dan ahli IM4U. 


                                    Diagram 1: Melakukan aktiviti bersama kanak-kanak tadika.


Diagram 2: Ahli-ahli Dengue Combat


Diagram 3: Semua yang terlibat dalam aktiviti Dengue Combat

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment