
1. Waktu aktif nyamuk Aedes adalah diantara 5am sehingga 6pm. Kebanyakkan dari kita mengetahui yang gigitan nyamuk kebiasaanya aktif pada waktu gelap khususnya malam. Jadi, ia menjadi kebimbangan kerana nyamuk waktu nyamuk Aedes berbeza dari kebanyakkan nyamuk.
2. Nyamuk Aedes telah membunuh lebih ramai manusia berbanding makhluk hidup yang lain. Demikian, kita telah pun dikelilingi 'pembunuh' di tempat tinggal sendiri!
3. Telur nyamuk Aedes boleh bertahan lebih daripada 9 bulan jika keadaan sekeliling menepati ciri-ciri; sejuk, gelap dan lembap - walaupun tanpa kehadiran air ! Malahan, telur nyamuk juga didapati boleh membiak jika terdapat kehadiran air. Atas sebab itu, membuang atau mencurah air yang bertakung adalah tidak mencukupi bagi menyekat pembiakan nyamuk Aedes; anda perlu juga menggosok dan memberus bekas-bekas yang menjadi punca pembiakan.
4. Sesetengah juga berpendapat bahawa pembiakan nyamuk Aedes kebanyakkannya adalah di tempat tertutup (dalam bangunan) - seperti di tempat saluran air, baldi kosong, pasu dan lain-lain.
5. Bagi kawasan luar bangunan, pembiakan nyamuk Aedes boleh terjadi di kolam air seperti lopak yang hanya bersaiz syiling 20 sen sebagai contoh penutup botol.
6. Nyamuk Aedes tidak dilahirkan dengan virus denggi tetapi mendapat ia daripada manusia yang telah dijangkiti penyakit ini, lalu menjadikan ia merebak di sekelling. Jadi pemakaian repellent bagi mereka yang pernah menghidap demam denggi adalah sangat digalakkan bagi mencegah penyebaran wabak ini.
7. Kitaran hidup nyamuk Aedes meningkat berikutan pertambahan haba. Suhu yang tinggi (kebiasaanya pada bulan Mei dan Jun) bermakna menyediakan persekitaran yang kondusif untuk peningkatan kadar wabak. Seperti yang kita sedia maklum, bencana seperti jerebu juga sebenarnya mempercepatkan pertumbuhan nyamuk Aedes dengan pemerangkapan haba di atmosfera.
--------------------
Hindari Aedes. Perangi Denggi.
--------------------

0 comments:
Post a Comment