1st Disember by Rais Kairuddin

22:40 0 comments


Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup saya dimana saya dan ahli-ahli dalam kumpulan lain telah diamanahkan oleh pensyarah untuk menjalankan satu program dengan kerjasama IMAM, IM4U, UM serta badan organisasi yang lain. Program ini dinamakan #MsiaEndsDengue dan pada kali ini hanya fokus kepada prasekolah yang berumur 4-6 tahun. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal khususnya kepada kanak-kanak mengenai Apa Itu Denggi? dan berkenaan penyakit denggi itu sendiri serta cara-cara untuk mengatasinya. Tempat pada kali ini pula ialah Tadika PPR Kerinchi Blok C.


Pelbagai ragam dan dugaan daripada kanak-kanak yang kami tempuhi sepanjang menjalankan aktiviti ini. Namun semangat ingin tahu mereka membuatkan kami merasa seronok dalam menjalankan aktiviti ini. Aktiviti- aktiviti seperti "Have you heard dengue before", "Play Detective Game", "Have you sick before" dan lain-lain adalah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas manakala aktiviti "Trip to Playground" adalah aktiviti luar kelas.


Saya menjalankan aktiviti "Play Detective Game" bersama kanak-kanak ini iaitu mewarnakan gambar nyamuk. Kanak-kanak diberi peluang untuk mewarnakan nyamuk di atas poster dengan pensil warna masing-masing dan pemenang akan diberikan hadiah. Pelbagai ragam dapat dilihat daripada kanak-kanak ini dimana salah seorang daripada mereka tidak tahu apakah warna nyamuk namun semangat ingin tahu kanak-kanak tersebut membuatkan dia bertanya kepada saya dan saya pun mengajar dia dan yang lain apakah warna nyamuk iaitu hitam dan putih. Bukan itu sahaja, mereka juga sering bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu membetulkan kesalahan kawan mereka dalam mewarnakan nyamuk tersebut.


Akhir sekali, saya berasa gembira kerana program ini telah dijalankan dengan sebaiknya dan mendapat pujian daripada cikgu, pensyarah dan badan organisasi lain kerana teknik penyampaian maklumat kepada kanak-kanak sangat efektif dan berkesan. Selain itu, saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa kamu semua, siapalah saya yang kecil ini.









Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment