MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Saya mempunyai pengalaman di mana ibu saya merupakan salah seorang pesakit demam denggi pada tahun 2014. Sebelum ini, saya beranggapan bahawa demam denggi seperti demam biasa yang boleh dirawat dengan mengambil ubat dan antibiotik serta mendapat rehat yang secukupnya. Tetapi, setelah melihat keadaan ibu saya yang dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke dalam wad ICU disebabkan denggi, ia menyedarkan saya bahawa isu denggi ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Demam Denggi sekiranya tidak dirawat dengan cepat, ia mungkin boleh mengakibatkan kematian. Bersyukur kepada tuhan, selepas 2 minggu ibu saya berada di dalam hospital, beliau telah kembali sihat seperti biasa. Pengalaman itu telah menyedarkan kami sekeluarga untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang dan menyebabkan kami telah mengambil inisiatif menjaga halaman rumah kami dan lebih peka tentang denggi agar ahli keluarga kami tidak lagi menjadi pesakit demam denggi.

Melalui pengalaman itu juga, saya telah melakukan sedikit kajian di internet tentang cara untuk mengenal pasti apa itu Aedes dan denggi serta simptom-simpton sekiranya seseorang telah menghidap demam denggi. Jadi apabila saya diberi kesempatan dan peluang untuk turut serta menjayakan modul “ Pre School Combat Dengue” ini, saya dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang peristiwa yang berlaku kepada saya dengan kanak-kanak sekolah di tadika blok C.
Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah untuk dididik dan dibentuk ketika mereka masih di usia yang muda. Jadi, pada usia inilah kita perlu menerangkan dan menjelaskan tentang nyamuk Aedes dan penyakit denggi kepada mereka supaya mereka didedahkan tentang isu ini lebih awal dan mereka akan mula mengambil langkah untuk berhati-hati dengan nyamuk Aedes dan penyakit demam denggi dari mereka kecil sehingga mereka besar. Bukan itu sahaja, sekiranya kanak-kanak ini didedahkan tentang isu ini, kita bukan sahaja mendedahkan kepada mereka tetapi secara tidak langsung kita turut sama menghebahkan kepada ibu bapa dan orang sekeliling mereka kerana kanak-kanak gemar bercerita dan berkongsi apa sahaja yang mereka tahu dengan orang yang mereka rapat.
Saya bersama kanak-kanak tadika Blok C. Mereka sangat riang dan aktif. Melalui pembelajaran modul ini, saya rasakan mereka seronok bermain bersama kami dan pada masa yang sama mereka dapat menimba ilmu yang baru. Cara pembelajaran yang diterapkan sangat effektif di mana mereka boleh bermain sambil belajar , contohnya permainan Play Doctor Mcstuffin. Kanak- kanak ini dapat bermain menjadi doktor dan pesakit dan pada masa yang sama, kami iaitu fasilitator menerangkan tentang penyakit demam denggi dan tanda-tanda yang dialami sekiranya mereka terkena jangkitan denggi. Mereka dapat menimba ilmu ketika berseronok bermain.
Pengalaman menjadi fasilitator untuk kanak-kanak tadika ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kerana saya dapat rasakan kanak-kanak ini dapat mengambil sedikit sebanyak input yang kami sampaikan kepada mereka. Mungkin buat masa sekarang masalah denggi ini susah untuk dibasmi tetapi mungkin suatu hari pada masa akan datang, dengan ilmu yang kami sampaikan kepada kanak-kanak ini mampu menjadi penyumbang penurunan kadar demam denggi di Malaysia. Setiap orang memainkan peranan untuk pastikan negara Malaysia bebas Aedes jadi setiap langkah yang diambil membawa seribu satu perubahan kepada negara kita jadi saya harap semua orang mula sedar akan peranan masing-masing untuk pastikan Malaysia bebas Aedes. Jangan biarkan nasi menjadi bubur di mana ahli keluarga atau rakyat Malaysia semakin ramai yang meninggal disebabkan demam denggi ni. Cegahlah masalah ini dari sekarang sebelum terlambat, ingat mencegah lebih baik dari merawat.

0 comments:
Post a Comment